suria

Barcelona Sahkan Gelaran Juara La Liga Musim Ini

BARCELONA memastikan gelaran juara La Liga 2014/2015 menjadi milik mereka walaupun menang tipis 1-0 ke atas Atletico Madrid di Stadium Vicente Calderon, Madrid, awal pagi Isnin.

Lionel Messi diangkat sebagai hero dalam perlawanan kali ini apabila gol tunggal yang dijaringkan pada minit ke-65 tidak berjaya dibalas Atletico sehingga wisel penamat ditiup.

Messi mencipta golnya yang ke-54 musim ini ke gawang tuan rumah setelah bekerja sama dengan Pedro yang beroperasi dari sayap.

Seperti biasa, Messi dari Argentina itu melakukan sprint untuk menembus pertahanan Atletico dan kemudian memberikan umpan kepada Pedro.

Barca mengunci gelaran juara apabila kemenangan 4-1 Real Madrid yang turut turun padang menentang Espanyol pada masa yang sama perlawanan Barca-Atletico pada pagi Isnin tidak mampu membawa mereka berada di puncak liga.

Dengan tiga mata penuh yang dikutip pada perlawanan ini, Barca mendahului empat mata di hadapan Real Madrid yang kini berada di posisi kedua.

Namun, jaringan 'hat-trick' tiga gol oleh Cristiano Ronaldo mampu membawa pemain ini merebut gelaran 'penjaring terbanyak' dalam Liga Sepanyol.

Kemenangan Barca juga meletakkan pasukan ini di ambang 'treble' untuk memenangi tiga gelaran musim ini iaitu di final Liga JUara-Juara Eropah dan final Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol).




La LIga, Liga Sepanyol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain