suria

Seri 1-1, Kedudukan Arsenal Dan United Tidak Berubah

Pemain dan staff Manchester United memberi tepukan kepada peminat-peminatnya selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Arsenal di Old Trafford, Manchester, awal pagi Isnin. -foto EPA
MANCHESTER: Manchester United dan Arsenal ketika ini mengekalkan kedudukan masing-masing selepas perlawanan di Old Trafford, awal pagi Isnin berakhir dengan keputusan seri 1-1.

The Gunners berada di kedudukan ketiga liga, dua mata di depan United, namun mempunyai kelebihan perlawanan berbanding United yang menduduki kedudukan keempat.

Dengan keputusan ini juga, impian United untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri tidak tercapai walaupun berjaya mendahului pada babak pertama perlawanan.


Gol United hadir menerusi jaringan Ander Herrera pada minit ke-30.

Berbaki masa kira-kira lapan minit, Arsenal menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri pemain United Tyler Blackett yang tertampan hantaran Theo Walcott mengikat perlawanan seri 1-1.

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal kekal di laluan untuk menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas bagi mengelak aksi kelayakan di Liga Juara-Juara Eropah.
The Gunners, Ander Herrera

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain