suria

MotoGP: Trofi Juara GP Perancis Milik Lorenzo

Juara Lorenzo (depan), Rossi (kiri) dan ketiga Dovizioso.

PELUMBA Sepanyol, Jorge Lorenzo meraikan kemenangan kedua berturut-turut selepas mendahului rakan sepasukannya, Valentino Rossi pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Perancis di i Litar Le Mans Bugatti, Ahad.

Lorenzo mencatat masa terpantas 43'44.143 mengatasi Rossi sekaligus menyaksikan dua pelumba Yamaha Factory menguasai kedudukan satu dua perlumbaan kali ini.

Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso berada di kedudukan ketiga, diikuti Marc Marquez (Honda HRC) manakala kelima dikuasai Andrea Iannone (Ducati Team).

Lorenzo mencatat rekod terbaharu musim ini apabila menjadi pelumba pertama yang menjulang trofi juara dua kali berturut-turut selepas lima pusingan.

Selain itu, keputusan kali ini menyaksikan Rossi mengukuhkan kedudukan teratas keseluruhan dengan 102 mata, Lorenzo 87, Dovizioso 83, Marquez 69 mata dan Iannone 61 mata.

Keputusan penuh MotoGP GP Perancis:

1. Jorge Lorenzo (ESP) Yamaha, 43 minit 44.143 saat

2. Valentino Rossi (ITA) Yamaha, 43:47.963

3. Andrea Dovizioso (ITA) Ducati, 43:56.523

4. Marc Marquez (ESP) Honda, 44:04.033

5. Andrea Iannone (ITA) Ducati, 44:04.380

6. Bradley Smith (GBR) Yamaha, 44:05.288

7. Pol Espargaro (ESP) Yamaha, 44:19.636

8. Yonny Hernandez (COL) Ducati, 44:23.744

9. Maverick Vinales (ESP) Suzuki, 44:25.714

10. Danilo Petrucci (ITA) Ducati, 44:26.932

MotoGP, Jorge Lorenzo

Artikel Lain