suria

Terbuka British: Laura Sekat Nicol Untuk Gelaran Keenam

Massaro (merah) menewaskan Nicol dalam saingan separuh akhir Terbuka Britain.

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David tidak berjaya dalam misi memburu gelaran keenam Terbuka British 2015 apabila gagal mara ke final di Arena Airco, Hull, England, Sabtu.

Dalam perlawanan separuh akhir, ratu skuasy negara itu kalah 3-2 kepada pemain tuan rumah, yang juga pilihan ketiga kejohanan, Laura Massaro dalam saingan sengit selama 77 minit.

Nicol, selaku pilihan utama, memulakan saingan dengan langkah kanan apabila memenangi dua set pertama 11-4 dan 11-9.

Bagaimanapun, pemain berpengalaman dari England itu mula mendapatkan rentak dan bangkit semula untuk memenangi tiga set berikutnya dengan 11-9, 12-10 dan11-8.

Sebagai rekod, Nicol menjuarai Terbuka British sebanyak lima kali iaitu pada2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.

Nicol David, Terbuka British

Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain