suria

Diaz Kembali Sertai JDT

KUALA LUMPUR: Penyerang import dari Argentina, JorgePereyra Diaz akan kembali memperkuatkan jentera serangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi mengharungi aksi pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memaklumkan bahawa bekas pemain kelab Liga Argentina, Lanus, itu akan tiba di Johor Baharu pada Selasa ini.

"Kontrak beliau bersama JDT untuk Liga Malaysia pula akan disambung kembali untuk satu setengah tahun mulai Disember 2015 hingga 2017 selepas beliau kembali dipinjamkan ke Liga Perancis dan Amerika," demikian menurut PBNJ menerusi laman Facebook rasmi JDT; Johor Southern Tigers, Sabtu.

Untuk rekod, Diaz menyertai JDT pada 2014 sebelum PBNJ dilaporkan menjual penyerang berkenaan kepada sebuah kelab di Brazil yang berminat mendapatkan khidmatnya pada Mac lepas.

JDT bakal bertemu wakil Myanmar, Ayeyawady United FC pada pusingan kedua (16 terakhir) Piala AFC yang menggunakan format kalah mati di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 27 Mei ini.

Skuad Harimau Selatan mara ke pusingan kedua Piala AFC setelah muncul juara kumpulan F yang turut melibatkan tiga pasukan lain iaitu Kitchee SC dari Hong Kong, Kingfisher East Bengal (India) dan kelab Liga Singapura, Balestier Khalsa FC.

Jorge Pereyra Diaz, JDT

Artikel Lain