suria

Harry Kane Jadi Sasaran Utama Manchester United

LOUIS VAN GAAL yang mempunyai dana sebanyak £150 juta untuk mendapatkan pemain pada akhir musim ini dilapor menjadikan Harry Kane sebagai penyerang sasaran utama.

Pemain Tottenham Hotspur itu tersenarai antara pemain yang akan melengkapkan skuad Macnhester United bagi menghadapi Liga Juara-juara Eropah pada musim depan.

Van Gaal kini dikatakan sedang mengenalpasti pemain baharu di posisi serangan, pertahanan kanan dan tengah serta tonggak tengah.

Walaupun telah menandatangani seorang pemain sayap, Memphis Depay tetapi United dilapor berminat terhadap aksi Kane yang berjaya menjaringkan 20 gol pada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ketika baru berusia 21 tahun.

Jumlah itu meletakkan Kane di kedudukan kedua sebagai penjaring terbanyak di EPL selepas penyerang Machester City, Sergio Aguero.

Malah penghijrahan Kane dilapor tidak akan menimbulkan kemarahan penyokong Spurs kerana United pernah membeli bintang utama kelab itu sebelum ini.

Ketika United dikendalikan oleh Alex Ferguson, jurulatih terbaik dunia itu telah mendapatkan Teddy Sheringham, Michael Carrick dan Dimitar Berbatov dari Spurs.

Bagaimanapun harapan kelab itu untuk mendapatkan Gareth Bale tidak kesampaian apabila terlebih dahulu disambar Real Madrid.

United juga tidak mempunyai halangan untuk mengeluarkan perbelanjaan mega bagi musim depan kerana kelab itu bakal menerima tajaan besar daripada Adidas.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain