suria

Pemain Muda Brazil Sah Milik Chelsea

JUARA Liga Perdana Inggeris musim ini, Chelsea mengesahkan telah menandatangani pemain muda Brazil, Nathan dari Atletico Paranaense.

Pemain berusia 19 tahun itu akan menyertai Chelsea secara rasmi pada 1 Julai ini setelah berjaya melepasi ujian perubatan.

Mirror Online melaporkan, Chelsea telah membelanjakan sebanyak £4.5 juta untuk mendapatkan pemain itu.

"Saya sangat gembira kerana dapat menyertai Chelsea yang merupakan juara di England. Saya harap dapat mempelajari banyak perkara di sini selain memperbaiki mutu permainan." jelasnya.

Pengumuman itu dibuat selepas Nathan mendedahkan gambar di kompleks latihan Chelsea.

Nathan yang merupakan pemain tengah serangan, berjaya menarik minat beberapa kelab utama Eropah selepas beraksi cemerlang pada saingan Piala Dunia B-17 di UAE pada 2013.

Bagaimanapun pemindahan pemain itu hanya dapat dibuat ketika ini selepas Nathan melepasi usia 18 tahun mengikut syarat permit kerja di England.

Brazil, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain