suria

Dua Seteru EPL Bertemu Di Final Liga Juara-Juara Eropah

PERLAWANAN akhir Liga Juara-juara Eropah di Berlin bakal menemukan semula dua seteru di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Patrice Evra dan Luis Suarez.

Evra yang kini mewakili Juventus bakal beraski di final selepas skuadnya menewaskan Real Madrid dengan agregat 3-2, manakala Luis Suarez yang bersama Barcelona mengesahkan tempat apabila menewaskan Bayern Munich.

Suarez pernah didenda sebanyak  £40,000 ketika mewakili Liverpool selepas bertindak rasis terhadap Evra yang merupakan pertahanan Manchester United pada 2011.

Bagaimanapun kedua-dua pemain telah meninggalkan England sejak tahun lalu untuk beraksi di Sepanyol dan Itali.

"Terlalu ramai orang bertanyakan saya soalan ini (Suarez), ia tidak menjadi masalah.

"Perkara penting ialah saya beraksi di final, saya berbangga dengan apa yang saya ada sekarang dan saya akan bersalaman dengannya kali ini.

"Saya akan buat dia merasakan saya berada di atas padang pada hari itu nanti, ini penting," jelasnya.

EPL, Manchester United, Liverpool

Artikel Lain