suria

Christiano Ronaldo Kembali Ke Manchester United?

CHRISTIANO RONALDO disebut-sebut akan kembali menyarung jersi Manchester United dalam satu pengumuman pada minggu ini.

Bekas bintang Madrid, Agustin Rodriguez memberitahu, penyerang Portugal itu kini telah bersedia untuk meninggalkan Bernabeu.

Dakwanya, Ronaldo akan pulang ke Old Trafford selepas perjanjian bernilai £71.5 juta dicapai dalam tempoh terdekat.

Menurut Daily Star, United juga bakal merealisasikan hasrat kelab itu untuk menandatangani Mat Hummels dalam tempoh terdekat.

Pertahanan Jerman dan Borussia Dortmund itu yang merupakan sasaran utama Louis van Gaal sejak setahun lalu dilapor akan tiba di Manchester menerusi pemindahan bernilai £37 juta.

United meningkatkan nilai bidaan selepas pertaruhan pertama berjumlah £21.5 juta ditolak Dortmund pada awal bulan lalu.

Selain itu, Goal.com melaporkan, United boleh mendapatkan Mario Gotze dengan menjadikan Angel Di Maria sebagai pertukaran kepada Bayern Munich.

Gotze dilapor mahu meninggalkan Bayern manakala kelab tersebut memerlukan pemain sayap seperti Di Maria.


  

Artikel Sebelum

Artikel Lain