suria

Nicol Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka British

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David melepasi halangan pertama pada kejohanan Terbuka British 2015 apabila mengalahkan pemain Wales, Tesni Evan 3-1 di Universiti Hull pada Selasa.

Beliau selaku pilihan pertama kejohanan menang 11-2, 11-4, 7-11 dan 11-9 dalam masa 56 minit.

"Ia perlawanan yang menarik dan saya menang 3-1. Akan bertemu Emma Beddoes di pusingan kedua pada Khamis. Seronok terima sokongan pelajar Malaysia," katanya dalam akaun Facebook.

Menurut laman web rasmi kejohanan, Nicol selaku juara bertahan akan menghadapi Emma Beddoes dari England di pusingan kedua.

Emma mara ke pusingan kedua ekoran penarikan diri Natalie Grinham dari Belanda kerana masalah kesihatan.

Seorang lagi pemain negara Delia Arnold, mengalahkan pemain tuan rumah dan pilihan kelima Alison Waters 11-8, 11-5 dan 11-4 dalam masa 35 minit.

Delia akan bertemu pemain Hong Kong, Annie Au di pusingan seterusnya hari ini.

Dalam kategori lelaki, pemain negara Mohd Nafiizwan Adnan kelah kepada pemain Perancis selaku pilihan kedua, Gregory Gaultier 6-11, 6-11 dan 13-15.

Skuasy

Artikel Lain