suria

Gerrard Akui Mourinho Pengurus Terbaik

STEVEN Gerrard memuji pengurus juara liga musim ini, Jose Mourinho selepas perlawanan di antara Chelsea dan Liverpool berakhir seri 1-1 di Stamford Bridge lewat Ahad malam.


Kapten Liverpool itu berjaya menyamakan jaringan yang dilakukan oleh John Terry (minit ke-5) selepas dimasukkan sepuluh minit sebelum perlawanan tamat>

“Saya amat menghormati Mourinho. Bagi saya dia adalah seorang pengurus terbaik di dunia, dan sudah tentu akan bersamanya kali jika saya bukan peminat Liverpool.

“Dia adalah alasan kenapa beberapa kali fikiran saya agak goyang, namun Mourinho tahu mengapa saya tidak boleh teruskan niat saya itu,” jelasnya.

Dalam pada itu Gerrard yang bakal meninggalkan Liverpool sebaik sahaja tamat musim ini untuk beraksi bersama Los Angeles Galaxy mengakui keputusan ini belum cukup untuk menyelamatkan kedudukan terbaik mereka di tangga keempat liga setakat ini.

“Jika kami menang hari ini, ia belum cukup untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan kerana saya pasti United akan mengutip mata pada dua perlawanan akhir mereka nanti.

“Pasukan ini dibentuk untuk persaingan tahun depan dan kami mahu menunjukkan peningkatan ke arah itu,” jelas Gerrard.

Sementara itu, Mourinho berpuas hati dengan keputusan perlawanan ini.

“Pasukan sudah bergelar juara minggu. Dan permainan hari ini tetap lancar jika kamu memahami keadaan sekarang.

“Berkenaan dengan Gerrard, sudah tentu saya akan merindui aksi dia selepas ini.

“Sudah beberapa kali saya melihat pemain-pemain hebat berhijrah dan saya sangat sedih. Steven, Frank Lampard tinggalkan kita serta ‘musuh’ hebat, Carragher juga turut berbuat demikian musim lalu,” ujar Mourinho.

Liverpool, Steven Gerrard

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain