suria

Nico Rosberg Juara GP Sepanyol

Nico Rosberg. Foto EPA

BARCELONA: Nico Rosberg memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Sepanyol pada Ahad mendahului juara dunia yang juga rakan pasukan Mercedes, Lewis Hamilton buat pertama kali pada musim ini.

Hamilton, yang memperoleh kemenangan sebanyak tiga kali daripada empat perlumbaan Grand Prix hanya menamatkan perlumbaan pada petak kedua.

Pemain Ferrari, Sebastian Vettel menduduki tempat ketiga.

Kejuaraan di Litar Montmelo, Barcelona pada Ahad merupakan kemenangan pertama Rosberg sejak perlumbaan di Brazil pada November lalu.

Ia juga merupakan kemenangan yang kesembilan buat Rosberg sepanjang penglibatannya dalam F1. - REUTERS


Nico Rosberg

Artikel Lain