suria

Depay Sah Milik Manchester United

MANCHESTER United mengesahkan bintang PSV Eindhoven, Memphis Depay akan bersama skuad mereka ini selepas tamat musim ini.

Menurut laporan yang disiarkan, pemain antarabangsa Belanda ini akan berpindah ke Old Trafford dengan nilai perpindahan sebanyak 22.3 juta pound (RM122 juta).

Malah PSV turut mendedahkan persetujuan mereka menjual penyerang 21 tahun itu di laman Twitter.

Manakala beberapa minit selepas itu, di laman Twitter Man United turut mendedahkan mengenai persetujuan kedua-dua kelab.

Ia juga turut mendedahkan Depay yang merupakan penjaring terbanyak Eredivisie dengan 21 gol musim ini mengikat kontrak sehingga 2018 kembali bersama dengan jurulatih skuad Piala Dunia, Louis van Gaal.

Bagaimanapun, BBC dan Manchester United Evening News berkata, nilai perpindahan itu lebih tinggi daripada yang dilaporkan oleh media Belanda.

Sebelum ini, Depay turut dilaporkan terbang ke England untuk berbincang dengan United dan Liverpool, malah khabar angin mengatakan dia akan berpindah ke Anfield secara pinjaman.

Namun kini semuanya terjawab apabila pemain muda berbakat besar ini menjadi milik United.

Depay Memphis, manchester united

Artikel Lain