suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Uefa Perkenal Liga Negara-Negara Eropah

Presiden Uefa, Michel Platini.

KESATUAN Bolasepak Negara-Negara Eropah (Uefa) pada Jumaat mengumumkan keputusan untuk memperkenalkan Liga Negara-Negara Eropah bermula selama tiga bulan dari bulan September 2018.

Liga yang melibatkan pasukan kebangsaan ini bakal menyaksikan setiap negara anggota bermain dalam enam perlawanan yang akan dipecahkan kepada empat bahagian.

Setiap bahagian akan mempunyai empat kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat pasukan.

Juara dari setiap empat kumpulan dalam Bahagian A (yang terdiri daripada pasukan-pasukan dengan ranking yang tinggi) akan beraksi dalam separuh akhir dan akhir menjelang Jun 2019.

Pemenang akan dikenali sebagai Juara Liga Negara-Negara Eropah.

Empat pasukan yang layak ke separuh akhir ini juga akan layak secara automatik untuk pusingan akhir Euro 2020.

Pusingan akhir Euro 2020 akan berlangsung di 13 buah negara Eropah dengan perlawanan final di Stadium Wembley, London.

Pertandingan ini adalah untuk mengantikan perlawanan persahabatan antarabangsa yang dilihat semakin tidak relevan malah sebaliknya liga baru ini bakal membuka ruang kepada perlawanan yang lebih kompetatif dan relevan.

Kesemuanya terdapat 52 buah negara yang menjadi anggota Uefa.

Uefa, Michel Platini

Artikel Berikut

Artikel Lain