suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Lancar Perang Psikologi Kepada Liverpool

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho mula melancar perang psikologi terhadap Liverpool menjelang perlawanan di Anfield pada Sabtu.

Mourinho berkata, Liverpool perlu menang pada aksi bertemu anak buahnya malam ini bagi memastikan perebutan trofi liga lebih menarik.

Liverpool yang berharap untuk menamatkan kemarau 24 tanpa trofi mendahului kedudukan pada awal saingan  sebelum Chelsea mengambil alih pada April lalu dengan kelebihan 12 mata.

"Sudah tentu Liverpool sedar jika tewas, mereka ketinggalan 15 mata," jelas Mourinho.

"Jika mereka ketinggalan 15 mata pada November, saingan belum berakhir, cuma mereka pasti lebih sukar.

"Dan jika mereka menang, mereka hanya ketinggalan sembilan mata dan jumlah itu berbeza dengan 15.

"Kata-kata ini merupakan motivasi untuk mereka. Saya jangkakan mereka akan buat segala-galanya untuk menang," ujar Mourinho.

Pertemuan dengan Liverpool ini merupakan aksi ketiga di tempat lawan sepanjang 11 perlawanan.

"Apabila pulang dari Anfield nanti, kami akan meninggalkan tiga mata penting di stadium yang sengit sepanjang musim," tambahnya.

The Blues kini mengumpul 26 mata dalam sepuluh perlawanan rekod tanpa kalah. 

Chelsea, liverpool, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Lain