suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doping: Jangan Harap Keputusan Berbeza - Dr Ramlan

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz membayangkan keputusan hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei adalah sama dengan keputusan ujian doping Sampel A yang dapati positif sebelum ini.

Beliau, yang mengiringi pemain badminton nombor satu dunia itu untuk menyaksikan analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo, Norway, Selasa lepas, berkata buat masa ini belum ada sebarang keputusan.

"Secara nyata, ia adalah sampel sama dan proses ujian yang sama. Anda tidak mungkin mengharapkan hasil yang berbeza...pada dasarnya itulah kesimpulannya," katanya kepada pemberita sebaik tiba dari Norway di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Justeru, katanya Chong Wei dan pihak yang terlibat dalam ujian doping Sampel B perlu bersedia menghadapi proses Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Turut bersama beliau ke Norway ialah Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh namun Chong Wei tidak kelihatan bersama-sama mereka ketika tiba di KLIA.

Difahamkan atlet tersebut turut pulang ke Malaysia hari ini.

Menurut Dr Ramlan, keputusan sampel B itu akan dikeluarkan oleh Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Antidoping (ADAMS), seterusnya BWF akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan keputusan untuk buat sebarang pengumuman berkenaan apa yang telah berlaku.

Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian dijalankan.

Lee Chong Wei, Doping

Artikel Lain