suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pep Guardiola Ganti Manuel Pellegrini di Man City?

MANCHESTER CITY dijangka akan berusaha mendapatkan Pep Guardiola jika Manuel Pellegrini gagal membawa kejayaan kepada pasukan tersebut pada musim ini.

Dua pegawai atasan City yang menjadi perancang kepada kelab itu iaitu Txiki Begiristain dan Ferran Soriano dijangka akan menjalankan usaha 'memikat' bekas jurulatih Barcelona tersebut.



Begiristain dan Soriano sebelum ini pernah berkerja bersama Guardiola ketika mereka di Barcelona.

Guardiola mempunyai rekod terbaik apabila berjaya memenangi Liga Juara-juara Eropah pada 2009 dan 2011, selain memenangi kejuaraan liga tempatan di Sepanyol dan Jerman.

Sumber dalaman City memberitahu, Begiristain dan Soriano mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Guardiola.

"Mereka percaya bahawa satu hari nanti Guardiola akan tiba di City.

"Ramai orang bertanya, apakah yang boleh dilakukan kerana Guardiola masih mempunyai kontrak di Bayern. Tetapi mari kita lihat apa yang bakal berlaku pada musim panas akan datang," jelas sumber itu.

Manchester City, Barcelona

Artikel Berikut

Arsenal Mahukan Chris Smalling

Artikel Lain