suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadal Jalani Pembedahan Apendiks Terlepas Kejohanan Akhir ATP Dunia

PEMAIN tenis nombor tiga dunia, Rafael Nadal pada Rabu keluar dari sebuah hospital di Barcelona, Sepanyol dua hari selepas menjalani pembedahan membuang apendiksnya.

"Segala-galanya berjalan lancar. Ia hanyalah satu pembedahan biasa," kata Nadal kepada pemberita selepas berjalan keluar meninggalkan Hospital Quiron Teknon.

Nadal bagaimanapun tidak memberi sebarang jangka masa yang tertentu untuk kembali ke gelanggang semula tetapi menjelaskan yang dia akan mula berlatih sebaik sahaja dibenarkan oleh doktor.

Pemain kidal itu disyaki mengalami apendiksitis bulan lalu ketika sedang bermain dalam satu kejohanan tetapi dia hanya mengambil antibiotik.

Namun pada Isnin, Nadal dinasihatkan supaya menjalani pembedahan menggunakan kaedah laparoskopi atau pembedahaan melalui tebukan.

Nadal bagaimanapun memerlukan tempoh sebulan untuk kembali ke gelanggang tenis semula.

Oleh kerana itu juga beliau akan terlepas kejohanan penutup musim iaitu Final ATP Jelajah Dunia yang dijadualkan berlangsung di London dalam beberapa minggu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain