suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Tewaskan Everton 2-1

Di Maria ketika mempamerkan aksi menerusi jaringan pembukaan buat Manchester United ketika menentang Everton, pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam Ahad. Foto AFP

PASUKAN Manchester United menewaskan Everton dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester pada malam Ahad.

Ini sekali gus menyaksikan Louis Van Gaal terus mencatatkan rekod kemenangan berturut-turut buat pertama kali sebagai pengurus pasukan itu.

Pemain Angle Di Maria melakukan jaringan pembukaan menerusi babak pertama pada minit ke-27.

Radamel Falcao Garcia pula mempamerkan aksi cemerlangnya menerusi jaringan pada minit ke-62 membuatkan pasukan Red Devils menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-1.

Everton hanya mampu meraih satu jaringan yang dibuat oleh Steven Naismith pada minit ke-55.



Manchester United

Artikel Lain