suria

Lebih 6,000 Sertai Larian Monster Untuk Tujuan Amal

KUCHING: Lebih 6,000 peserta mengambil bahagian dalam larian diadakan malam tadi yang berbetulan dengan sambutan Halloween, untuk mengumpul dana bagi tiga persatuan kebajikan.

Acara larian 'Monster Dash Charity Run 2' sejauh lima kilometer itu dianjurkan OurYouth.my untuk tahun kedua.

Larian bermula dan berakhir di LePark, di belakang Pusat Sivik di sini.

Pengasas dan Pengarah OurYouth.my Datuk Patrick Liew berkata larian itu menggalakkan orang ramai berpakaian seperti zombi dan raksasa untuk 'menakutkan" peserta semasa acara itu, menyasarkan mengumpul antara RM160,000 dan RM280,000 untuk Sarawak Children’s Cancer Society (SCCS), Society for Critically Sick Kids(S.O.S. Kids) dan Kuching and Samarahan Division Cerebral Palsy Association. 

"Berlari kini menjadi trend kerana orang ramai mahu berseronok dan kami menyasarkan sekurang-kurangnya 8,000 hingga 10,000 pelari tahun depan, dan ia akan menjadi acara tahunan," kata Liew kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta oleh Menteri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak Datuk LenTalif Salleh.   

Katanya larian itu dianjurkan atas permintaan ramai dan ia bukan sahaja memperkenalkan gaya hidup lebih sihat tetapi juga sebagai platform untuk orang ramai menjalin hubungan sosial terutamanya dalam kalangan belia.

Liew berkata larian juga akan diadakan di Sibu dan Miri.

Larian Monster

Artikel Sebelum

Lewis Hamilton Juara GP Jepun

Artikel Lain