suria

Man City Sedia Lepaskan Yaya Toure Ke PSG

MANCHESTER City sedia mempertimbangkan keinginan Yaya Toure yang mahu meninggalkan kelab itu pada Januari depan.

Hal ini kerana, Toure dilihat gagal memberikan aksi terbaik bersama City sejak permulaan musim Liga Perdana Inggeris selain kelihatan tidak bersemangat untuk terus kekal di Etihad.

Kepimpinan tertinggi City menjangkakan bahawa Toure tidak lagi berminat untuk bersama pasukan itu, sebaliknya ingin beraksi bagi kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

Jika perpindahan pertengahan musim itu berlaku, ia bererti City bakal kehilangan dua pemain tengah berpengalaman iaitu, Toure dan Frank Lampard untuk mengharungi Liga Juara-juara Eropah.

Lampard perlu kembali ke New York City FC kerana tempoh pinjaman telah tamat.

Juventus' French midfielder Paul Pogba (right) fights for the ball during last week's Serie A match with Atalanta

Sehubungan itu, City dilapor akan memburu bekas pemain Manchester United yang kini beraksi untuk Juventus iaitu Paul Pogba (gambar atas) bagi mengisi kekosongan pemain tengah.

Selain itu, City juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain tengah Newcastle United, Cheick Tiote (gambar bawah) yang kini turut menjadi sasaran Arsenal.

Newcastle United midfielder Cheick Tiote (right) challenges Swansea City's Gylfi Sigurdsson on Saturday

Manchester City

Artikel Berikut

Artikel Lain