suria

Man United Sedia Dapatkan Pertahanan Barcelona, Dani Alves

MANCHESTER United akan mendapatkan pemain pertahanan kanan Barcelona, Dani Alves bagi mengukuhkan sistem pertahanan pasukan tersebut.

United melahirkan minatnya terhadap pemain terbabit selepas Alves yang juga pertahanan Brazil menyatakan dia ingin meninggalkan Nou Camp pada tahun depan.

Alves, 31, selain itu turut memberi gambaran bahawa akan beraksi di Liga Perdana Inggeris sebelum mengakhiri kariernya.

United terdesak untuk mendapatkan Alves kerana skuad Louis van Gaal kini sedang bergelut dengan krisis kecederaan pemain pertahanan.

Bagaimanapun, Alves dijangka akan menyertai Manchester City kerana telah 'dipancing' oleh bekas pengarah di Barcelona,  Txiki Begiristain dan Ferran Soriano.


Barcelona, Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain