suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GP Jepun: Bianchi Tidak Sedarkan Diri Selepas Kemalangan

Pasukan perubatan berada di lokasi kemalangan yang dialami pelumba Jules Bianchi pada perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun. Foto EPA

PELUMBA Marussia, Jules Bianchi dibawa ke hospital selepas mengalami kemalangan pada perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun pada Ahad.

Kemalangan berlaku selepas pelumba Perancis itu hilang kawalan dalam perlumbaan itu.

Bianchi tidak sedarkan diri ketika dibawa keluar dari trek Litar Suzuka di Suzuka, Jepun.

Seorang jurucakap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan bahawa Bianchi tidak sedarkan diri ketika pelumba itu dibawa ke hospital dengan ambulans berbanding menggunakan helikopter perubatan.

"Bianchi dibawa ke Mie Prefecture University Hospital, dekat Bandar Tsu," katanya.

Kemalangan yang dialami pelumba berusia 25 tahun itu berlaku ketika perlumbaan diadakan di litar yang basah, sehingga memaksa perlumbaan dihentikan.

Pelumba Mercedes, Nico Rosberg, yang mencatatkan kedudukan di tempat kedua bersama rakan pasukannya, Lewis Hamilton yang menjuarai perlumbaan, berkata: "Saya memikirkan keadaannya (Bianchi). Mereka memberikan maklumat berhubung keadaannya dan ia dilihat amat serius."

Hamilton pula berkata, beliau mendapat tahu bahawa Bianchi "cedera teruk".



Jules Bianchi, Grand Prix Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lewis Hamilton Juara GP Jepun

Artikel Lain