Pemain Chelsea Rasa Ditipu Kelab Sendiri - Sukan | mStar

Pemain Chelsea Rasa Ditipu Kelab Sendiri

Ryan Bertrand.
POLISI Chelsea yang gemar membeli pemain dan meminjamkannya kepada pasukan lain kini dikritik. 

Seorang daripada mereka ialah Ryan Bertrand yang menuduh The Blues tidak bersikap jujur kerana dia sendiri dijadikan seperti bola sepak.

Setakat ini Bertrand sudah dipinjamkan kepada tujuh pasukan berbeza oleh Chelsea. 

Bertrand adalah seorang daripada 26 pemain Chelsea yang ‘merayau-rayau’ di luar kelab itu atas dasar pinjaman.

Walaupun dia disenaraikan bermain ketika kelab itu menjuarai piala Liga Juara-Juara pada 2012, kerjayanya kemudian malap kerana kurang digunakan pengurus. 

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol pertamanya untuk kelab terkini, Southampton pada Sabtu lalu.

Semalam secara terbuka Bertrand berkata, dia berasa seperti ditipu dengan dasar diamalkan Chelsea. 

“Ia semakin jelas ketika saya dipinjamkan ke Aston Villa pada musim lalu. 

“Saya dapat bermain antara 15 hingga 30 kali bagi semusim sehinggalah keadaan menjadi buntu dan saya mula bimbang.

“Sebelumnya saya dibenarkan berpindah ke kelab lain tetapi dinasihatkan supaya bersabar.

“Semuanya terjadi di depan mata dan ada beberapa perkara yang tidak masuk akal berdasarkan pandangan orang ramai terhadap saya.

“Apa yang saya mahukan adalah kejujuran,” katanya. 

Bertrand menyertai Southampton musim lalu selepas kelab itu mengalami perpindahan besar-besaran pemainnya.

Kini Bertrand berharap dia dilepaskan oleh Chelsea untuk mewakili Southampton sepenuhnya. 

“Secara peribadi, saya dan Southampton memiliki banyak persamaan. Kami sama-sama berjuang untuk kejayaan,” katanya.

Ryan Bertrand , Chelsea

Artikel Sebelum

Jadual Atlet Malaysia Sukan Asia, Selasa

Artikel Berikut

Balotelli Saja Belum Cukup Untuk Liverpool

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Gagal bayar cukai, Sajat akan didakwa

Isteri Adun Panti meninggal dunia