Balotelli Saja Belum Cukup Untuk Liverpool - Sukan | mStar

Balotelli Saja Belum Cukup Untuk Liverpool

Mario Balotelli. Foto EPA

KEHADIRAN Mario Balotelli ke dalam pasukan Liverpool belum cukup untuk menampung ruang kosong ditinggalkan oleh Luis Suarez. 

Legenda The Reds, Mark Lawrenson berkata, pengurusan kelab itu perlu menilai semula polisi mereka untuk memastikan benar-benar memiliki senjata pemusnah yang sewajarnya di barisan serangan.

Jentera depan Liverpool dilihat masih tumpul setakat ini dengan mencatat hanya dua kemenangan, satu seri dan selebihnya kalah.

Prestasi hambar itu memaksa Liverpool yang sering berbangga dengan pencapaiannya di peringkat Eropah hampir sedekad lalu kini berada di kedudukan ke-13 liga. 

Pada musim perpindahan lalu, Liverpool menjual Suarez kepada Barcelona dengan harga £75 juta (RM399.5 juta) dan membawa masuk Balotelli.

Bagaimanapun Lawrenson berkata pengurus Liverpool, Brendan Rodgers perlu menyertai pasaran pertukaran pemain selepas ini kerana Balotelli masih dianggap terlalu perlahan dalam jentera serangan. 

“Saya yakin Rodgers akan bertindak pantas, terutama jika Daniel Sturridge terpaksa melupakan sebahagian besar perlawanan kerana kecederaan,” katanya. 

Mengenai Balotelli, Lawrenson berkata, penyerang Itali itu memiliki gaya permainan yang berbeza. 

“Dia tidak memiliki kecepatan dan tidak akan mampu menjaringkan 20 gol untuk seluruh musim ini,” katanya. 

Dalam perlawanan Sabtu lalu Liverpool terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan Everton selepas mereka terikat 1 -1. 

Mario Balotelli , Liverpool

Artikel Sebelum

Pemain Chelsea Rasa Ditipu Kelab Sendiri

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Balotelli Dihina Kerana Persenda MU

Liverpool Tewas, Balotelli Buat Hal

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia