suria

Sukan Asia: Penyertaan Sulung Chew Yiwei Raih Gangsa

Pasangan penerjun Yiwei dan Tze Liang yang meraih gangsa untuk negara pada Isnin.
INCHEON: Penyertaan sulung penerjun negara, Chew Yiwei dalam Sukan Asia mencatatkan kenangan manis apabila meraih gangsa dalam acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik Munhak Park Tae-hwan, Isnin.


Yiwei, yang berpasangan dengan pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Ooi Tze Liang mengumpul 384.90 mata selepas pusingan keenam.

"Saya rasa Sukan Asia amat mencabar, banyak pasukan seperti Korea, Jepun dan China yang sangat kuat. Saya amat gembira apabila berada di atas podium buat kali pertama.

"Saya melakukan apa yang saya pelajari semasa dilatih dahulu. Selepas Sukan Komanwel, ia seperti suatu keajaiban. Saya berazam untuk berlatih bersungguh-sungguh dan memaksa diri saya untuk berusaha ke tahap maksimum," kata beliau.

Pasangan China, Zhang Yanquan dan Chen Aisen merangkul emas selepas mengumpul 462.90 mata sementara penerjun Korea Kim Yeongnam dan Woo Haram menangi gangsa dengan 403.50 mata.

Chew mungkin bertanding dalam acara 3 meter papan anjal berirama lelaki jika Ahmad Amsyar Azman tidak dapat beraksi esok.

Penerjun berusia 18 tahun dari Selangor itu akan mengambil bahagian dalam acara 10 meter platform individu lelaki.

"Saya tidak sabar untuk menyertai acara saya selanjutnya," kata Chew, yang kembali semula dalam pasukan kebangsaan selepas Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang.

Di Guangzhou, Ooi yang berpasangan dengan Bryan Nickson Lomas meraih pingat perak selepas mengumpul 407.16 points.

 

Chew Yiwei, Sukan Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain