suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wushu: Cheau Xuen Raih Emas Pertama Malaysia Pada Sukan Asia

INCHEON: Tai Cheau Xuen meraih pingat emas pertama Malaysia Sukan Asia dalam acara wushu wanita, Nandao dan Nanquan di Gimnasium Ganghwa Dolmens, Sabtu.

Atlet dari Negeri Sembilan itu mencatat 19.23 mata untuk mengatasi atlet Indonesia Wani Juwita Niza yang mencatat 19.15 mata.

Atlet pilihan China, Wei Hong meraih pingat gangsa dengan catatan 19.15.

Bagaimana pun seorang lagi atlet negara, Diana Bong kecewa untuk meraih sebarang pingat apabila berada di tempat ke-12 dengan 18.25 mata.

Sebagai rekod, pencapaian ini merupakan kali keempat skuad wushu meraih emas untuk negara pada temasya ini dengan Ho Ro Bin (2002) dan Chai Fong Ying (2006,2010).

wushu, emas pertama, sukan asia

Artikel Lain