suria

Man City Sedia Sekat Chelsea Tambah Mata - David Silva

DAVID SILVA memberi amaran bahawa Manchester City tidak akan membenarkan Chelsea terus menjarakkan mata apabila kedua-dua pasukan bertemu pada Ahad.

Pasukan bimbingan Jose Mourinho, akan bertandang ke Stadium Etihad dengan rekod menang semua empat perlawanan Liga Perdana Inggeris dan bakal mendapat kelebihan lapan mata dihadapan City jika menang pada Ahad.

"Ia merupakan perlawanan yang sangat penting. Mereka (Chelsea) di atas dan mempunyai mata melebihi kami. Kami tidak boleh gagal pada Ahad dan perlu meminimumkan jarak mata.

"Sekarang masih awal musim. Masih ada banyak masa dan kami tahu dalam Liga Perdana Inggeris apa sahaja boleh berlaku.

"Tetapi kami ingin menang pada Ahad kerana jika tidak jarak mata akan menjadi lebih banyak antara kelab-kelab besar.

"Apa yang kami tahu adalah menjadi lebih baik, mengejar gelaran juara liga hingga ke minit terakhir musim, oleh itu kami tidak akan berhenti bersaing," katanya.

Dalam perlawanan sengit itu, Silva akan berdepan rakan senegaranya, Diego Costa dan Cesc Fabregas yang kini menjadi tonggak utama chelsea untuk membawa kemenangan.

Manchester City, David Silva, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain