suria

Pemain Muda Jadi Sandaran Pada Kejohanan Petanque Wanita Dunia

Pasukan petanque negara: Dari kiri:Nurul Atikah Abu Talib,Aribah Aida Hasan,Anis Amirah Basri dan Thahira Tasnim Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Pemain muda diharap dapat menemui sentuhan dan keserasian bersama pasukan negara pada edisi ketiga Kejohanan Petanque Piala Konfederasi Wanita Dunia di Arena Petanque PPWPKL Pudu di Ulu Cheras bermula Sabtu.

Meskipun mustahil untuk memenangi gelaran dalam acara 'triples' dan' shooting' pada kejohanan dua hari itu, namun pemain muda negara memasang hajat besar untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Sebagai rancangan membentuk pasukan tuan rumah yang mantap menjelang Sukan SEA 2017, Malaysia akan membariskan empat wanita remaja pada kejohanan peringkat dunia itu.

Walaupun, Malaysia belum pernah memenangi gelaran di peringkat Sukan SEA tetapi empat pemain,-Anis Amirah Basri, 16, Nurul Atikah Abu Talib, 19, Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz, 17, dan Aribah Aida Hasan, 19, lebih bersemangat untuk melakarkan sasaran awal.

Menurut kenyataan Persekutan Petanque Malaysia pada Jumaat sebanyak lapan negara akan mengambil bahagian iaitu juara bertahan Thailand, Perancis,Australia, Sweden, Vietnam, Kanada, Amerika Syarikat dan tuan rumah Malaysia.

petanque, kejohanan dunia

Artikel Lain