suria

Jazeman Rasai Pengalaman Memandu Jentera F1 Di Algavre

Jazeman Jaafar.

LISBON: Pemandu Program Pembangunan Bakat Petronas, Jazeman Jaafar diberi peluang untuk memandu jentera F1 Mercedes AMG Petronas di Litar Antarabangsa Algavre dekat sini, Rabu.

Beliau yang menyifatkan pemanduan kereta F1 buat kali pertama sebagai pengalaman yang luar biasa serta melahirkan rasa puas hati kerana dapat memandu jentera dalam ujian sejauh 335 kilometer yang melibatkan banyak cabaran seperti menyesuaikan diri dengan aspek teknikal jentera dan cuaca.

"Ia satu pengalaman yang luar biasa melakukan banyak pusingan dengan jentera F1. Litar ini sangat mencabar, ini kali pertama saya berada di sini. 

“Pasukan banyak membantu saya belajar...ini adalah pengalaman yang benar-benar sempurna dengan banyak tayar, jalan sedikit basah, mod enjin dan barang lain, ia baik untuk kita belajar," kata Jazeman kepada Bernama.

"Ia bukan semata-mata mengenai memandu jentera yang lebih laju, ia mengenai pemanduan bagi Mercedes AMG Petronas, pasukan tangga atas, pasukan yang mengetuai cabaran kejohanan sekarang, (dalam) kategori pemandu dan konstruktur. 

“Anda berdepan dengan jurutera yang mengendalikan Lewis (Hamilton) dan Nico (Rosberg). Sebagai pasukan teratas, mereka mencuba untuk menguji kamu apa yang kamu tahu, ia amalan yang baik," kata beliau.

Sesi ujian itu ialah sebahagian daripada inisiatif Program Pemandu Muda Mercedes.

Mengulas mengenai rancangan masa depan, Jazeman berkata fokus utamanya ialah mengekalkan aksi cemerlang pada Siri Dunia Formula Renault 3.5 bersama pasukannya, ISR Racing, apabila beliau berjaya menduduki dua podium setakat ini tahun ini.

Perlumbaan seterusnya ialah di Litar Hungaroring di Hungary pada hujung minggu ini.

“Dia (Jazeman) adalah seorang anak muda yang amat cekal yang mencapai kejayaan dalam beberapa kategori remaja dan sekarang perlahan-lahan mmbuka pintu ke Formula One melalui langkah pertama hari ini untuk mengenali jentera F1 car, mendekati pasukan dan setakat ini, dan melakukan dengan baik sekali," kata Pengarah Eksekutif (Perniagaan) Mercedes Motorsports, Toto Wolff, yang hadir pada sesi itu.

Wolff memuji Petronas atas usahanya membangunkan bakat tempatan dari kalangan rakyat Malaysia dalam sukan pemotoran kerana kerana ia langkah yang wajar bagi sebuah syarikat yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri berkenaan dan percaya syarikat lain akan mengikutinya. 

Tanpa Petronas, saya meragui sama ada Jazeman akan berada seperti kedudukan sekarang. Mempunyai syarikat besar di negara sendiri yang membantu dan memperkenalkan pemandu muda ialah apa yang diperlukan untuk membangunkan bakat seseorang dalam Formula Satu," kata Wolff.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain