suria

Insiden Terowong Larkin: FAM Boleh Ambil Tindakan Sendiri -Khairy

Khairy Jamaluddin
PETALING JAYA : Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh mengambil tindakan sendiri berhubung insiden 'Terowong Larkin'  berdasarkan bukti yang ada tanpa menunggu keputusan siasatan polis. 

"Pendirian FAM bahawa mereka menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Dari satu sudut saya faham sebab mereka tidak boleh mendahului siasatan polis. 

"Dan dari satu sudut yang lain, saya rasa tidak akan ada apa-apa hasil dengan siasatan tersebut sebab polis memerlukan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan.

"Kalau polis nak bawa ke mahkamah kena ada bukti tanpa keraguan. 

"Tapi FAM boleh membuat keputusan walaupun hanya ada saksi keterangan sahaja tanpa sebarang rakaman. 

"FAM kena tahu walaupun polis tidak boleh nak selesaikan sisatan itu sebab tak cukup bukti,  mereka boleh menggunakan bukti sendiri," jelasnya kepada media ketika diajukan persoalan mengenai keputusan FAM kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) selepas Majlis Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus KBS 2013, Khamis.

Isu Terowong Larkin sehingga kini masih lagi menjadi bualan walaupun keputusan telah dibuat oleh FAM selepas dua bulan menunggu dengan menjatuhkan denda RM30,000 kerana kelemahan keselamatan.

Perlawanan JDT dan T-Team dihentikan selepas wakil Terengganu itu tidak mahu meneruskan perlawanan susulan kekecohan membabitkan kedua-dua
pasukan sebaik tamat aksi separuh masa kempen Piala FA yang berlaku di dalam terowong menuju bilik persalinan pemain pada 1 Februari lepas.

Pada Selasa lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak menjatuhkan hukuman denda itu berdasarkan isu keselamatan dalam terowong sahaj sahaja, tanpa melibatkan 'individu tertentu' daripada pengurusan tertinggi PBNJ yang dikatakan menyerang pemain lawan di dalam terowong tersebut.

Malah keputusan tersebut telah membuat Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tidak berpuas hati.

Ahmad berkata, penangguhan kes pemain import T-Team, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasannya Stefano Impagliazo telah dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT seolah-olah terdapat satu elemen yang tidak boleh diterima banyak pihak.

Beliau turut membidas bagaimana kes yang sepatutnya menjadi keutamaan iaitu 'insiden terowong' telah bertukar menjadi kes kedua.

FAM, T-Team. JDT, Khairy Jamaluddin

Artikel Lain