suria

Mourinho Anggap Pemainnya 'Pelawak'

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho menganggap barisan pemain pertahanan pasukannya sebagai 'pelawak' apabila meletakkan The Blues ketinggalan 1-3 kepada Paris St Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.

Kemarahan Mourinho terhadap pemainnya bermula menerusi jaringan pertama apabila John Terry dipersalahkan diatas gol Ezequiel Lavezzi.

Tidak cukup dengan itu, keresahan Mourinho untuk melihat pasukannya menyamakan kedudukan dinafikan oleh gol sendiri David Luiz.

Kemarahan pengurus kelahiran Portugis itu tidak dapat disembunyikan lagi apabila pemain gantian PSG, Javier Pastore mudah melepasi Cesar Azpilicueta , Frank Lampard dan John Terry untuk menewaskan Petr Cech untuk gol ketiga.

"Gol ketiga... ia bukan gol. Ia satu jenaka," katanya.

Bagaimanapun bekalan satu gol masih memberikan harapan kepada Mourinho untuk melihat pasukannya bangkit pada perlawanan di Stamford Bridge.

"Ia satu tugas yang sukar, tetapi tidak mustahil kerana tiada apa yang mustahil dalam bola sepak," katanya.

"Kita perlu cuba dan itu yang perlu kita lakukan selepas ini," jelasnya.

Chelsea, Jose Mourinho, PSG

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain