suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

180 Pasukan Bersaing Pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza

PUTRAJAYA: Sebanyak 180 pasukan dari 36 negara akan bersaing dalam kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza (NWCAP) 2013 bagi merebut gelaran pasukan terbaik Asia di Langkawi dari 14 hingga 17 Nov ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, AKR Events Sdn Bhd (penganjur acara), Syed Sherezal Shahabudin Dr Syed Nog Mustaffa Shahabuddin berkata pasukan dari Perancis, Jerman , Emiriyah Arab Bersatu, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Filipina akan mempamerkan strategi mereka dalam satu daripada acara terhebat tahun ini.

“Pelbagai vendor antarabangsa dan peniaga serantau yang berpotensi akan menyertai kejohanan ini yang akan memberi manfaat kepada Langkawi sebagai destinasi sukan pelancongan di Malaysia.

"Tahun ini kita juga membawa karnival 1Malaysia di mana 20 vendor tempatan akan membuka gerai pameran mereka semasa acara itu berlangsung.

“Selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, kami berharap untuk menarik lebih ramai peminat paintball dan orang ramai ke Langkawi bagi menyaksikan kejohanan ini," katanya.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga penaung kejohanan.

Acara tahunan yang diadakan di dewan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah, itu merupakan satu daripada tiga kejohanan dunia selain Piala Dunia - Orlando (Amerika Syarikat) dan Paris (Eropah).-BERNAMA

Artikel Lain