suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Bas Bawa Penyokong Pahang Ke Stadium Shah Alam

KUANTAN: Sebanyak 10 buah bas yang membawa para penyokong skuad Tok Gajah akan berkumpul di Stadium Darul Makmur sebelum bertolak ke Stadium Shah Alam mulai 9 pagi Ahad.

Pegawai Khas kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Rahim Othman berkata sebahagian daripada rombongan penyokong Pahang itu ditaja oleh Tengku Abdullah.

"Mereka akan berkumpul di Stadium Darul Makmur sebelum mula bergerak 9 pagi dan dijangka sampai di Shah Alam pada 4 petang dengan diiringi oleh anggota polis," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata beberapa lagi bas yang membawa penyokong Pahang yang diuruskan Persatuan Bola Sepak Daerah serta anggota Umno bergerak ke Stadium Shah Alam esok.

Sebanyak 30,500 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia untuk penyokong Pahang habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas enam kaunter dibuka di Stadium Darul Makmur di sini mulai 10 pagi Rabu lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Breathe Direka Pelbagai Kelebihan

Artikel Lain