suria

Revington Letak Sasaran Tinggi Pada Kejohanan Di Perth

KUALA LUMPUR: Dalam kejohanan jemputan antarabangsa empat negara itu, Malaysia akan menentang Pakistan pada 17 Oktober ini diikuti Australia pada hari berikutnya dan Argentina pada 19 Oktober.

Kunjungan ke Perth itu adalah sebahagian daripada persediaan skuad negara menghadapi edisi ketiga Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2013 di Kakamigahara, Jepun, bermula 1 hingga 10 November ini.

"Kami dijemput oleh penganjur untuk menyertai kejohanan antarabangsa ini dan dengan kehadiran pasukan yang kuat, maka menjadi satu bonus bagi saya untuk menilai prestasi semasa skuad negara.

"Saya harap anak buah saya menang setiap perlawanan dan bukan sekadar untuk melengkapkan senarai pasukan," kata jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pentadbiran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di sini, Isnin.

Semasa di Perth, skuad negara dijadual mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang Argentina pada 15 Oktober dan dua perlawanan dengan skuad Australia 'A' pada 22 dan 23 Oktober ini.

Mengenai Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, Revington berkata mendapatkan kedudukan tertinggi dalam kejohanan itu akan merupakan satu pencapaian terbaik bagi dirinya.

Malaysia telah beraksi dalam enam Piala Dunia bermula pada 1973, 1975, 1978, 1992, 1998 dan 2002 dengan pencapaian terbaik tempat keempat pada edisi 1975 di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulfahmi Ceria Boleh Berlumba

Artikel Berikut

Artikel Lain