suria

PSG Juarai Liga Perancis

Pemain PSG meraikan kejayaan mereka.
Pemain PSG meraikan kejayaan mereka.
Pemain PSG meraikan kejayaan mereka.

PARIS: Paris-Saint German (PSG) muncul juara Liga Perancis sejak 1994 awal pagi tadi selepas Jeremy Menez menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Lyon.

Gol Menez pada minit ke-53 mengesahkan PSG sebagai juara meskipun saingan liga masih berbaki dua perlawanan lagi.

Kelab yang melakukan perbelanjaan besar itu melonjak dengan tujuh mata daripada saingan terdekat Marseille di tempat kedua manakala Lyon, ketiga.

Kejuaraan itu juga amat bermakna kepada penyerangnya, Zlatan Ibrahimovic yang membolot trofi kejuaraan liga di empat negara berlainan.

Kejuaraan Perancis itu adalah yang keenam miliknya selepas memenangi dua kejuaraan Serie A bersama Juventus namun kemudian dilucutkan kerana skandal rasuah bola sepak pada 2006.

PSG membelanjakan kira-kira 250 juta Euro atau AS$329 juta sejak dua tahun lalu untuk mendapatkan pemain bertaraf dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain