Olimpik 2016: Tiga Atlet Elit Bakal Diserap Sebagai Pelumba Berbasikal - Sukan | mStar

Olimpik 2016: Tiga Atlet Elit Bakal Diserap Sebagai Pelumba Berbasikal

KUALA LUMPUR: Seramai tiga atlet elit negara dikenal pasti untuk diserap dalam program berbasikal bagi menghadapi Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada 2016, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Shapawi Ismail.

Katanya, mereka merupakan antara 90 atlet elit dan bekas atlet peringkat kebangsaan dan negeri yang telah diuji tahap fizikal, fisiologikal, psikologi dan kemahiran asas berbasikal oleh Bahagian Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat (PPB) institut itu.

"Daripada jumlah itu, tiga atlet daripada sukan olahraga telah dilihat berpotensi untuk diketengahkan sebagai atlet lumba basikal," katanya pada pemberita pada sidang akhbar di ISN, Bukit Jalil di sini pada Jumaat.

Beliau bagaimanapun enggan mengumumkan nama ketiga-tiga atlet yang disenarai pendek itu dan hanya berkata atlet itu sendiri tidak tahu mereka terpilih.

"Kita juga perlu mendapat kebenaran daripada pihak KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia). Atlet juga perlu membuat keputusan sendiri sama ada mahu kekal dengan sukan olahraga atau beralih kepada sukan berbasikal. Kita akan umumkan tidak lama lagi," katanya.

Ahmad Shapawi berkata program berkenaan telah dimulakan pada Disember tahun lepas dan ia akan menjadi program berterusan sehingga Sukan Olimpik Rio de Janeiro.

Program itu bertujuan mengenal pasti atlet elit berumur antara 17 dan 27 tahun dari sukan yang kurang menyerlah disebabkan faktor prestasi sukan yang mendatar atau faktor kecederaan yang menghalang kepada peningkatan prestasi dalam sukan yang diceburi.

Ahmad Shapawi berkata atlet sukan yang disasarkan adalah terdiri daripada sukan olahraga (acara pecut, jarak sederhana dan jauh serta lompatan), angkat berat, hoki dan bola jaring.

Seramai 61 atlet, 51 lelaki dan 10 wanita telah menyertai ujian yang dijalankan di ISN dari 8-27 Dis manakala 12 atlet lelaki menjalani ujian di Miri, Sarawak dari 18-19 Mac dan 12 atlet lelaki dan lima wanita menjalani ujian di Kuching, Sarawak dari 22-23 Mac.

"Berdasarkan daripada ujian terhadap kumpulan pertama ini, kita sudah ada modul yang bersesuaian untuk kita gunakan pada kumpulan atlet yang berikutnya," katanya.

Ahmad Shapawi sebelum itu menghadiri mesyuarat mengenai program 'Ride With Pride' bersama ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley.

Beasley berkata program itu sangat penting bagi negara menilai lebih banyak bakat dalam acara berbasikal sama ada untuk acara jalan raya atau trek terutama dalam persediaan Olimpik 2016.

"Sesetengah atlet mempunyai bakat dalam acara berbasikal dan sesetengah mempunyai kebolehan tetapi kurang bersunguh-sungguh dalam sukan itu.

"Saya boleh membantu sesiapa yang mahu menjadi atlet berbasikal yang baik. Jika mereka mahu menjadi juara, mereka juga perlu mempunyai keazaman untuk berbuat demikian," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Man United Intai Lewandowski

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain