suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengku Abdullah Mahu Rajagobal Henti Eksperimen Pemain

KUANTAN: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal berhenti mencuba-cuba pemain dan kenal pasti kesebelasan utama.

Baginda yang bimbang dengan prestasi skuad Harimau Malaya sejak kebelakangan ini juga mahu Rajagobal mengenal pasti punca pasukan negara kalah kepada Vietnam dan Thailand dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

"Ini satu kebimbangan dan saya berharap lain kali kalau ada perlawanan persahabatan di luar negara seharusnya kita membariskan pemain utama, cukup-cukuplah percubaan, apa yang lebih penting kenal pasti kesebelasan utama.

"Biarpun tidak semua bermain, sekurang-kurangnya sebahagian besar terlibat dalam perlawanan ini (persahabatan). Jika kita kerap tukar pemain, kita tidak akan dapat pemain yang serasi," katanya.

Baginda yang ditemui pemberita pada Program Kayuhan Diraja Karnival Rakyat 2012, di sini hari ini, diminta mengulas mengenai prestasi merundum Harimau Malaya menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki 2012.

Malaysia yang kini berkedudukan ke-163 dunia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Singapura dan Laos, sementara Vietnam yang beranking ke-140 diundi bersama Thailand, Filipina dan Myanmar dalam Kumpulan A.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah berkata baginda memahami taktik Rajagobal yang tidak membariskan pemain utama ketika perlawanan persahabatan adalah untuk mengenal pasti pemain.

Namun kata baginda, pada masa yang sama skuad negara memerlukan kemenangan untuk memberi mereka momentum dan sokongan moral bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki.

"Saya rasa begitu banyak masa telah kita berikan untuk perkara tersebut tetapi dua kali kalah ini, merupakan satu kebimbangan untuk skuad Harimau Malaya terutama menjelang Piala AFF Suzuki," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

UPM Juara Keseluruhan SUKIPT 2012

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europah

Artikel Lain