suria

Sir Alex Ferguson 26 Tahun Di Old Trafford

1986–kini Alex Ferguson.
1986–kini Alex Ferguson.
1986–kini Alex Ferguson.

SIR ALEX FERGUSON menyambut ulang tahun yang ke-26 sebagai pengurus Manchester United pada Selasa lalu. Beliau dilantik ke jawatan itu pada 6 November 1986.

Ini menjadikannya sebagai satu-satunya pengurus yang bertakhta begitu lama dalam Liga Perdana Inggeris. Yang kedua ialah Arsene Wenger yang memimpin Arsenal sejak Oktober 1996 - sepuluh tahun selepas Ferguson.

Ketika beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Ron Atkinson, Ferguson berusia 45 tahun. Kini beliau berusia 71 tahun dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan bersara.

Beliau juga adalah satu-satunya pengurus United yang paling berjaya dalam sejarah kelab itu dengan membawa pulang 37 buah trofi.

Statistik berikut menceritakan segala-galanya:

> Memenangi 37 trofi kesemuanya - 12 Liga Perdana Inggeris; 5 Piala FA; 4 Piala Liga; 2 Piala Liga Juara-Juara Eropah (dahulu dikenali sebagai Piala Eropah); 5 Piala Sumbangsih; 1 Piala Juara-Juara Uefa (kini dimansuhkan); 1 Piala Super Uefa; 1 Piala Inter-Continental.

> Memimpin 1,461 perlawanan dalam pelbagai pertandingan. Menang 871 perlawanan; Kalah 260 perlawanan dan Seri 330 perlawanan.

> Sebagai pengurus, pasukan bimbingannya telah menjaringkan 2,693 gol dalam semua pertandingan.

> Sepanjang tempoh 26 tahun, seramai 185 pemain baru telah bermain di bawah bimbingan Ferguson.

> Di bawah Ferguson juga United mencatat sejarah bermain 45 perlawanan berturut-turut tanpa kalah.

> Kemenangan paling besar Ferguson ialah menewaskan Ipswich Town 9-0 di Old Trafford pada 1995.

> Kekalahan paling teruk Ferguson ialah 1-6 di tangan Manchester City tahun lalu.

> Pembelian rekod ialah Dimitar Berbatov pada harga 30.75 juta Pound Sterling dari Tottenham Hotspurs pada tahun 2008.

> Jualan paling tinggi ialah 80 juta Pound Sterling Cristiano Ronaldo ke Real Madrid pada tahun 2009.

> Sejak Ferguson memimpin United, musuh tradisi dan jiran mereka Man City telah bertukar 14 orang pengurus.

> Sepanjang tempoh 26 tahun di United, Ferguson dikenakan hukuman tidak dibenarkan menjejakkan kaki di padang sebanyak 17 kali.

> Dianggarkan sejumlah 2,500 paket chewing gum dikunyah oleh Ferguson sejak beliau memimpin United.

Berikut adalah senarai pengurus-pengurus Manchester United sejak 1892:

1892–1900 A. H. Albut

1900–1903 James West

1903–1912 Ernest Mangnall

1912–1914 John Bentley

1914–1922 Jack Robson

1922–1926 John Chapman

1926–1927 Lal Hilditch

1927–1931 Herbert Bamlett

1931–1932 Walter Crickmer

1932–1937 Scott Duncan

1937–1945 Walter Crickmer

1945–1969 Matt Busby

1969–1970 Wilf McGuinness

1970–1971 Matt Busby

1971–1972 Frank O'Farrell

1972–1977 Tommy Docherty

1977–1981 Dave Sexton

1981–1986 Ron Atkinson

1986–kini Alex Ferguson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain