KLHC Yakin Mampu Terus Ungguli Liga Hoki

KUALA LUMPUR: Selaku juara Liga Hoki Malaysia 2010 dan 2011, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) yakin dapat mempertahan gelaran itu selain mampu menjuarai Piala Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pada perlawanan akhir esok di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, KLHC akan dicabar oleh musuh tradisinya pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang akan beraksi tanpa tunggak utamanya Faisal Saari yang belum pulih dari kecederaan di pahanya.

Jurulatih KLHC, Muhamad Dharma Raj Abdullah berkata beliau yakin dengan kemampuan anak didiknya namun pada masa sama tidak mahu memandang rendah keupayaan TNB.

"Walau pun TNB beraksi tanpa Faisal, itu bukan satu kelemahan bagi mereka kerana sebahagian besar daripada pemain TNB adalah pemain muda yang ada kelebihan dari segi kecergasan," katanya pada sidang berita praperlawanan akhir Liga Hoki Malaysia dan Piala Presiden di Kelab Kilat, TNB di sini, Selasa.

Jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin pula optimis pasukannya akan menang pada perlawanan akhir itu walaupun tanpa Faisal. "Sudah tentu tanpa 'Abe' (nama gelaran Faisal) sedikit sebanyak akan menjejaskan motivasi pemain lain yang sebilangan besarnya terdiri daripada pemain baru yang menganggap 'Abe' idola mereka," katanya. Beliau yakin pasukannya akan berusaha merampas kembali Piala TNB yang pernah dimenangi pada 2009.

Esok juga bakal menyaksikan persaingan akhir bagi merebut Piala Presiden antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor.

Jurulatih ATM, Mejar Faizal Mohamad berkata selaku johan pada edisi sebelum ini, beliau yakin anak didiknya mampu untuk terus mempertahan gelaran juara 2011.

"Kita yakin mampu menang tetapi tidak memandang rendah keupayaan Johor walaupun ia tidak berpengalaman beraksi di pusingan akhir," katanya.

Jurulatih Johor, Saiful Azli Abdul Rahim pula menyifatkan kejayaan mara ke perlawanan akhir adalah peluang terbaik untuk pasukannya memperluas pengalaman setelah hanya beraksi dalam kumpulan divisyen dua sebelum ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain

Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga!