Yap Raih Emas Pada Penyertaan Sulung Di Sukma - Sukan | mStar

Yap Raih Emas Pada Penyertaan Sulung Di Sukma

KUANTAN: Atlet muda Wilayah Persekutuan Yap Sean Lee tidak menyangka penyertaan sulungnya pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di sini membawa tuah apabila meraih pingat emas menerusi acara lompat tinggi wanita yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Sukan Bukit Jalil itu dinobat sebagai pemenang pingat emas acara itu setelah melakukan lompatan setinggi 1.70m, berkongsi mata dengan Norliyana Kamaruddin dari Negeri Sembilan yang meraih pingat perak.

Meskipun Yap berkongsi mata dengan Norliyana, namun beliau dikira sebagai pemenang pingat emas apabila pihak juri mengambil kira lompatan awal yang dilakukan oleh Yap mengatasi lompatan Norliyana. Pingat gangsa bagi acara itu pula menjadi milik atlet Selangor, M.Shandyiani yang melakukan lompatan setinggi 1.67m.

"Saya tidak pernah terfikir untuk membawa balik pingat emas sebelum ini, hari ini (Selasa) mungkin nasib lebih menyebelahi saya berbanding atlet lain," katanya.

Atlet yang menetap di Wangsa Maju itu berkata beliau agak gementar kerana ia merupakan penglibatan pertamanya ke Sukma dan berharap mampu mengulangi kejayaan pada Sukma edisi Perlis selepas ini.

Yap berkata beliau tidak terlintas untuk mewakili negara ke temasya Sukan SEA di Myanmar tahun depan kerana banyak yang masih perlu diperbaikinya.

"Selepas habis Sukma saya ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini," katanya.

Selain Yap, satu lagi pingat emas acara olahraga pasukan Wilayah Persekutuan disumbang Elena Goh Ling Yin menerusi acara 5,000m jalan kaki wanita dengan catatan masa 25:25.84'.

Pingat perak bagi acara itu diraih pasukan Johor melalui Pau Ling En selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 26:19.66', manakala pingat gangsa dimenangi Song Gie Chee yang mewakili Pulau Pinang (27:07.83').

Sebanyak enam pingat emas ditawarkan daripada acara olahraga yang mula membuka tirai pada Selasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain