suria

Dua Pemain Hoki Wanita Johor Masih Dirawat Akibat Keracunan Makanan

KUANTAN: Dua pemain hoki wanita dari kontinjen Johor masih menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini akibat keracunan makanan setelah mengadu sakit perut dan cirit birit.

Pegawai perhubungan sekreriat kontinjen Johor, Rohayatun Roslan mengesahkan bahawa 15 atlet skuad hoki wanita Johor dirawat sebagai pesakit luar manakala dua daripadanya masih dirawat di hospital.

"Kita harap dua pemain yang masih berada di wad dapat segera pulih," katanya.

Beliau berkata pihaknya melakukan pemantauan bagi mengetahui perkembangan dua atlet hoki itu.

Pasukan hoki wanita Johor dijadual beraksi menentang Melaka pada perlawanan peringkat kumpulan di padang hoki kompleks sukan Pahang (SUKPA) pada Ahad. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain