suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hoki: Wilayah Persekutuan Kalahkan Terengganu 4-2

KUANTAN: Wilayah Persekutuan (WP) meneruskan kemaraan dalam misi mempertahankan pingat emas apabila mengalahkan Terengganu 4-2 dalam pertandingan hoki lelaki peringkat kumpulan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Kompleks Sukpa di sini, Sabtu.

Ledakan gol WP bermula seawal minit kelapan menerusi Muhammad Noor Faeez Ibrahim yang mudah menyempurnakan pukulan sudut penalti sebelum Muhamad Ramadhan menambah jaringan pada minit ke-26.

Ketinggalan dua gol itu tidak mematahkan semangat Terengganu sebelum pasukan itu berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang oleh pemain kebangsaan Faizal Saari pada minit ke-30 dan Muhammad Firhan Ashaari pada minit ke-37.

Bagaimanapun, WP bertukar corak permainan lebih pantas untuk menguasai semula permainan dan langkah itu membuahkan hasil apabila Mohd Zulhairi Hashim menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-62.

Dua minit kemudian Noor Izzat Sumantri pula menyumbat gol padang bagi memastikan kemenangan milik WP.

Jurulatih WP, Ahmad Bakri Marfi berkata mereka berjaya membaca corak permainan Terengganu dan terus melakukan perubahan pada separuh masa kedua.

"Alhamdullilah, ia menjadi dan kami berjaya menghasilkan dua gol lagi untuk memastikan kemenangan," katanya selepas perlawanan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Webber Juarai GP Britain

Artikel Lain