suria

Beckham Kecewa Capello Letak Jawatan

BEKAS kapten England, David Beckham (gambar) menawarkan sokongan kepada Fabio Capello yang telah meletak jawatan sebagai jurulatih England minggu lalu.

Buat pertama kalinya Beckham memberi kenyataan terbuka dan mengakui dia turut kecewa dengan peletakan jawatan Capello menjelang aksi Euro 2012 namun dia menghormati keputusan itu.

“Saya telah bekerja dengan Capello beberapa tahun. Ia sangat sedih, lebih-lebih lagi ini waktu sukar bagi skuad England. Beliau mempunyai alasan tersendiri mengenai situasi ini.

“Saya sangat menghormatinya dan mengucapkan semoga beliau berjaya dalam apa yang jua yang dilaluinya selepas ini,” katanya.

Capello meletak jawatan sebagai pengurus England minggu lalu selepas pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) yang telah melucutkan gelaran kapten terhadap John Terry.

Sementara itu Beckham turut mengakui bahawa pemilihan kapten adalah keputusan pengurus.

“Ia adalah tugas jurulatih. Kamu tahu saya sentiasa berada dalam kes itu. Namun keputusan telah dibuat...gelaran kapten sudah dilucutkan. Saya pasti selepas ini kapten baru akan dipilih.

“Dalam masa sama saya turut menyokong jika Harry Redknapp menggantikan tempat Capello. Dia seorang yang berdidikasi. Pengurusannya sangat teratur dan sangat baik,” katanya.

Artikel Berikut

AC Milan Benam Arsenal 4-0

Artikel Lain