suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea, Spurs Seri 1-1

Sturridge menjaringkan gol penyamaan ketika pertemuan menentang Spurs awal pagi Jumaat.
Sturridge menjaringkan gol penyamaan ketika pertemuan menentang Spurs awal pagi Jumaat.
Sturridge menjaringkan gol penyamaan ketika pertemuan menentang Spurs awal pagi Jumaat.

PASUKAN Chelsea mengikat kedudukan seri 1-1 ketika pertemuan dengan Tottenham Hotspur pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), di White Hart Lane, awal pagi Jumaat.

Spurs maraih jaringan seawal minit kelapan permainan melalui Adebayor, namun kegembiraan itu tidak berkekalan apabila Daniel Sturridge menyamakan kedudukan selepas mendapat hantaran lintang sempurna daripada Ashley Cole.

Sturridge kini telah menjaringkan 17 gol keseluruhan, dibelakang pemain Arsenal, Robin van Persie (34), Wayne Rooney-Manchester United (23) dan Demba Ba (20) dari pasukan Newcastle.

Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, kedua pasukan gagal menambah jaringan sehingga ke wisel penamat.

Spurs kekal di tangga ketiga liga dengan 35 mata manakala Chelsea dengan 33 mata di belakang Manchester City (44) dan Man United (42).

Barisan pemain;

Tottenham Hotspur: Friedel; Walker, Gallas, King, Assou-Ekotto; Modric, Parker, Sandro, Bale; Van der Vaart, Adebayor

Chelsea: Cech; Bosingwa, Ivanovic, Terry, Cole; Ramires, Mikel, Meireles; Sturridge, Drogba, Mata

Artikel Lain