suria

25 Pemain Tersenarai Sertai Skuad Piala Presiden T-Team

KUALA TERENGGANU: Seramai 25 pemain berjaya melepasi fasa terakhir pemilihan Piala Presiden T-Team yang berakhir 17 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat pemilihan mungkin akan dilakukan sekali lagi berikutan beberapa pemain pasukan itu terpilih dipanggil untuk bermain dengan skuad Harimau Muda.

"Saya dimaklumkan terdapat beberapa pemain dipanggil untuk bermain dengan Harimau Muda dan jika ada yang dipilih (pemain) untuk bermain dalam skuad negara, kita terpaksa melepaskan mereka," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Katanya,jika ramai pemain yang dilamar pihaknya akan membuat pemilihan kembali dan secara peribadi beliau mengakui kebanyakan pemain yang hadir ke sesi pemilihan memiliki bakat dan berpotensi tinggi untuk diketengahkan.

"Saya difahamkan ramai pemain dari seluruh daerah di negeri ini hadir ke sesi pemilihan yang berlangsung selama tiga hari (15-17 Dis) lalu dan ini merupakan situasi yang sangat positif dalam perkembangan dunia bola sepak di negeri ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain