suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FAM Diminta Tulis Surat Pada PBNS : Mohamad

SEREMBAN: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepatutnya memaklumkan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) menerusi surat mengenai lampu limpah di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi yang gagal menepati syarat kecerahan dan bukan menyiarkannya dalam akhbar.

Menteri Besar yang juga presiden PBNS Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau tidak tahu perkara itu dan hanya mengetahuinya menerusi laporan sebuah akhbar akhbar pada Rabu.

"Saya tak tahu...tapi daripada laporan yang sama terima, sudah dua tiga kali pemeriksaan lampu limpah dilakukan di STAR, Paroi dan semua kata OK. Apa yang tak cukup lagi? Kalau tak cukup, dulu lagi kata tak cukup, bukannya musim nak bermula baru nak cakap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar harian hari ini mengenai lampu limpah di Kota Baharu, Kuala Terengganu dan Paroi yang gagal tepati syarat FAM.

Mohamad berkata sepatutnya perkara ini dimaklumkan kepada PBNS melalui surat dan bukan menyiarkan dalam akhbar.

"Saya selaku presiden PBNS, saya pun tak tahu perkara ini...saya hanya mengetahuinya melalui surat khabar. FAM nak bermain dengan surat khabar ke atau dengan pasukan Negeri Sembilan? katanya.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain