suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fahmi Raih Kedudukan Ke-13 Pusingan Kelayakan

SEPANG: Pelumba 125cc negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin berjaya meraih kedudukan ke-13 pada sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia selepas menggungguli sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sabtu.

Fahmi mencatat 2'15.909 saat dan berpuas hati dengan catatan yang dilakukan pada sesi latihan (Jumaat) dan berharap mampu memberi persembahan terbaik pada perlumbaan esok (Ahad).

"Pada sesi latihan pagi tadi, saya cuba menggunakan pelbagai jenis tayar dan turut mendapati saspensi dan kotak gear tidak berapa sempurna semasa melalui selekoh.

"Jadi pada sesi kelayakan masalah itu dapat diatasi dan saya berjaya menamatkan aksi kelayakan ini di kelompok ke-13. Saya menggunakan tayar jenis lembut dan ia agak selesa.

"Sebenarnya sebelum kembali ke Malaysia baru-baru ini saya memang sasarkan untuk mencatat masa 2' 15 saat dan berjaya dilaksanakan," katanya kepada media selepas sesi kelayakan.

Selain itu seorang lagi pelumba 125cc negara, Farid Badrol masih belum berpuas hati dengan catatan yang dilakukan dengan hanya menduduki ke-31 dengan catatan 2'19.744 saat.

"Saya belum berpuas hati dan akan melakukan yang terbaik pada perlumbaan esok," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain