suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih S'gor K. Devan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: K. Devan meletak jawatan sebagai jurulatih bola sepak Selangor berkuat kuasa semalam berikutan aksi hambar gergasi Merah Kuning itu sepanjang kempen tahun ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Amin mengesahkan peletakan jawatan Devan itu.

"Pemohonan Devan untuk meletak jawatan sebagai jurulatih itu diterima sebulat suara anggota jawatankuasa FAS yang mengadakan mesyuarat khas semalam," katanya.

Beliau berkata, teraju utama pasukan itu kini diambil alih penolong jurulatih P. Maniam.

Selangor gagal memenangi sebarang piala sepanjang tahun ini, selain berdepan kemungkinan tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia yang sedang berlangsung sekarang. Selepas empat perlawanan peringkat kumpulan, skuad itu hanya mengumpul empat mata dan berada di tangga ketiga Kumpulan D selepas Kuala Lumpur dan T-Team.

Terbaru, Selangor tewas 1-2 pada T-Team dalam Kumpulan D Piala Malaysia Ahad lepas.

Devan menjadi jurulatih bola sepak Selangor pada Oktober 2008. Selangor di bawah kendalian Devan pernah merangkul Piala Liga Super pada 2010, Piala FA 2009 dan Piala Sultan Ahmad Shah pada 2009. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain