suria

Terengganu Yakin Muncul Lapan Pasukan Terbaik Siri Super Kejohanan Sepak Takraw

KUALA TERENGGANU: Terengganu yakin dapat menempatkan diri dalam lapan pasukan terbaik dan seterusnya melangkah ke pertandingan akhir Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Siri Super Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) 2011 bagi merebut Piala Perdana Menteri.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT), Mohd Shapian Ali berkata keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa pasukan dan pemain yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

"Tambahan pula pasukan Terengganu dilatih bekas jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Wittaya Bontal," katanya kepada Bernama.

Mohd Shapian berkata Terengganu menyenarai 21 pemain termasuk 16 pemain Sukan Malaysia.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PSM berkata dalam menghadapi kejohanan Siri Super, Terengganu kehilangan empat pemain tonggak iaitu Mohd Shazwan Hussin, Mohd Masir Manjor Ahmad, Mohd Fadli Roslan dan Mohd Hanafiah Dolah yang terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Latihan pusat pasukan Terengganu akan disambung semula pada 7 September selepas para pemain bercuti menyambut hari raya, katanya.

Sirkit kedua kejohanan daripada lima sirkit akan berlangsung di Perlis dari 22 hingga 25 September dan bakinya akan berlangsung pada tahun depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tahun 2011 banyak kenangan: Zaira

Artikel Berikut

Arsenal Dapatkan Khidmat Arteta

Artikel Lain